Wednesday, December 2

Terpuisi 3.

Kerana dia adalah penyembunyi
kerana dia adalah kanak-kanak kecil yang
bicaranya terlalu manis,
kerana dia punya senyuman yang longlai,
yang bisa tembus ke dimensi kesalahtafsiran;

Kerana dia yang median,
yang hobinya bermain congkak;
yang tangannya tiada mukjizatnya.
yang persoalannya adalah persoalan-persoalan.

Kerana dia penuh rahasia,
kerana dia seperti mesin masa yg menghubung,
kerana dia adalah melodi-melodi yang tidak
perlu dilagukan;
kerana dia sangat sunyi,
kerana dia sangat terpaksa,
kerana dia adalah sihir;
yang mistik
yang tolol
yang bisu.

Kerana dia bisa menjadi sandiwara;
dan ceritera yang pendek,
kerana dia, dia.
bukan lainnya.
bukan perasaan-perasaan,
bukan objek-objek
yang miskin kasih
bukan huruf-huruf
yang memuja.

kerana dia
ialah
adalah
dan
atau
mungkin
Kerana.
Dia.

Bahkan dia adalah mimpi-mimpi kosong.
bisa menjadi terlalu gugup,
dan bisa terlalu cepat ghaib
Kerana dia si tolol
kerana dia si luncai
kerana dia si cinderella yang kusam
kerana dia si rapunzel yang hitam rambutnya.

Dan kerana dia adalah hari-hari
yang akan hanya ada rahasianya sendiri.



12.29pm /LD

Tuesday, November 3

Tiada Tajuk Khusus 7

Malam ni gua mau layan futsal. Lama sungguh tak goreng-goreng seperti Mario Kempes. Jadi ada 3 atau 4 movie terpaksa gua skip. Kebelakangan ini gua 24 jam bersama movie dan link movie. Dua benda ini gua sangat freak. Satu lagi akan ke arah TV Show seperti Chuck dan Big Bang Theory.

FYI gua kurang gemar tengok Heroes, Supernatural mahupun Prison Break. Bukan sebab tak best, sebab gua tak pernah tengok haha. Jadi siang ni gua nak cuba habiskan muat-turun untuk season pertama - Supernatural. Terima kasih tidak terhingga kepada link TV Show yang sangat memberangsangkan - sumbangan Cik Miko.

Malam sepatutnya tidak online lagi sebab siang gua banyak skandal. Oh ya akan menyusul beberapa review movie yang best-best untuk kamu muat-turun nanti. Ianya review yang sangat jujur dari gua.

Jumpa lagi esok pagi.

Friday, October 23

Tiada Tajuk Khusus 6

1. Siapa



2. Kenapa


Gaussian blur dan sedikit curve. Supaya Polly kelihatan dalam maya saya.

Thursday, October 22

Closer (2004) + Playlist Tuan Punya Blog 11



Filem ini sememangnya sarat dengan konflik seksual dan kamu mungkin cepat berasa bosan dengan jalan ceritanya yang terlalu merendah-rendahkan (pada aku) hubungan kasih sayang yang di warnakan dengan skandal yang begitu murah.

Tapi aku mengkagumi skrip dan plot cerita Closer ini, di mana kamu tak perlu sakit kepala untuk memahami watak Dan (Jude Law) atau betapa pathetic-nya beliau apabila terlepas dua orang yang disukainya pada akhirnya - Tentang mengapa dia memilih Anna (Julia Roberts) - seorang Jurugambar profesional dan tidak Alice (Natalie Portman) - yang jauh lebih cantik (?) dari Anna - dan mengapa ianya perlu begini: Lelaki, kamu terlewat untuk itu.

Pada aku cerita ini tragis. Dan adalah seorang penulis dan banyak ayat-ayat dan perbualan yang sangat sarkastik dan terlalu mendalam dan indah untuk difikirkan. Ah seorang penulis buku, seorang photographer dan seorang Traveller (Alice) mungkin kedengaran agak cliche tetapi ianya sangat memukul suasana hingar bingar dengan kebosanan filem-filem standard biasa di luar sana.





Filem sebegini nampak mudah tetapi sungguh mendalam mesej yang disampaikan. Dan ianya berkesan. Mike Nichols dan Patrick Marber (writer) bakal menjadi inspirasi google aku untuk filem-filem yang lain, nanti.

---

Dan: You think love is simple. You think the heart is like a diagram.
Larry: Have you ever seen a human heart? It looks like a fist, wrapped in blood! Go fuck yourself! You writer! You liar!


[Playlist]



And so it is just like you said it would be
Life goes easy on me
most of the time
And so it is the shorter story
No love, no glory
No hero in her sky

I can't take my eyes off you

And so it is just like you said it should be
We'll both forget the breeze
Most of the time
And so it is the colder water
The Blower's Daughter
The pupil in denial

I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off you
I can't take my mind...
My mind...my mind...
Til I find somebody new


Damien Rice

Wednesday, October 21

Cerita Pendek 2.

Ah, Malam tanpa bintang macamlah tak akan siang.

Talha termangu-mangu dihadapan Salomah. Belum sempat Salomah mencuit khayalannya yang merobek atmosfera langsung ke bulan, Talha sudah pun bingkas. Ternyata dalam khayalnya dia masih berada pada perbualan yang sungguh melankolik tadi.

Ha, ingat saya tak sedar lah tu.
Bukan.
Habis tu?
Awak macam peduli sangat lawak bodoh dia.
Taklah, aku rasa itu bukan lawak bodoh.
Ya, sampai awak tak sedar pun siapa-siapa.
Siapa-siapa apa?
Talha, Saya kawan awak saya tak nak awak fikir benda nonsense macam ni.
Manada fikirlah, Talha membetulkan peniti. Mulutnya agak ternganga secara spontan.
Lebih baik macam ni. Esok dia online kan?
Ya dia akan online siang lah. mungkin.
Lupakan dialah, apalah you jiwang.
Jadi, dia bukan buat lawak hey. haha. Ketawa dibuat-buat.
Apalah bestnya dia tu. Sudahlah blog macam kanak-kanak ribena.
Talha geleng-geleng kepala.
Lupakanlah dia. Facet tu identiti ciptaan manusia yang mungkin stalker.
Feset?
No, Facet.
Ko cerita fasal dia ke? Ya, Allah.
Eh, saya terkelar tajuk ye?
Tawa kecil Talha makin menebal.
Salomah hanya tersipu-sipu.

Selesai membetulkan keronsang Talha berlalu sambil geleng-geleng kepala.

Penulis: Ya, malam akan sangat sepi tanpa internet. Dan imajinasi itu sungguh for the win.

Bwahaha.
Jumpa lagi.

Thursday, October 15

Sedikit Tentang Filem Yang Patut Anda Tonton.

Beberapa minggu yang lalu aku tiba-tiba sedar aku lama tak layan movie. Jadi beberapa minggu yang lalu itu jugak aku banyak menghabiskan masa online dengan mencari filem-filem
yang banyak aku tertinggal dan beberapa filem yg agak latest. Aku sangat terhibur dan gembira dan ya tuhan, macam G-force itu contohnya, sangat menggelakkan.

Tapi aku rasa kurang lagi. Mahu lagi something. Ya, macam begini. Slumdog Millionaire.

Seharusnya aku berterimakasih pada diri sendiri kerana menghantar sms pada tiga rakan aku (yang aku kira boleh bagi aku apa yang aku inginkan)

Sms itu lebih kurang berbunyi begini.

Apa filem terbaik dalam tiga tahun ini, advise pls.

Terima kasih edriansyah (aku tahu ko tak tau pun aku ada blog) sebab anda pembalas sms terpantas dan pemberi rekomen terhebat setakat ini, sejak zaman Windtalkers, lagi.

--

Latika: I thought we'd be together only in death.

Sila tgk Slumdog Millionaire, sebab aku speechless sekarang. Plan tadi nak review cantik-cantik. Ah pegi google saja susah-susah, bukan kena bayar pun kalau aku review.

Ah mungkin aku tertinggal ya, tapi aku serius sangat berbaloi,
sepuluh kali lipat pakaian 10KG best dia dari G.I. Joe.

Kutuklah sebab dia hindustan. Aku steady jer.

(walaupun korang lagi suka G.I Joe)

--

Latika: Do you want to do something for me?
Jamal: Anything.
Latika: Then, run.

Monday, October 12

Tiada Tajuk Khusus 5.

Lama benar aku tidak menghiburkan hati dengan berjalan seorang diri macam orang gila. Ialah, berjalan sendiri tanpa hala tujuan. Rasa macam berbual dengan minuman yoyo yang berkonsepkan korea itu.

Pun begitu, ambient tiadalah korea-nya. Apa ingat ada Eun suh dekat Centre Point tuh? Please lah. Yang ada semua student yang tak balik-balik asrama atau hostel lagi - tengah mencari tudung atau komik terbaru naruto atau kasut nike atau selipar walker. Versi begini sama saja stereoskopnya, (kalau lawa macam Kristen Dunst pun mestilah tak sama muka Eun suh, sengal) ,wanita-wanita yang berbaju ketat dan muka longgar dan perempuan-perempuan yang baru balik kerja (kalau muka dia iras Eun suh memang tidak terperasankan disebabkan minyak dan peluh-peluh). Aku tak kisah pun kalau boleh goreng telur roughly saying, tapi agak-agaklah. Pergilah mandi dulu.

Perasaan aku kalau duty travel macam ni lah selalu, konon-konon tak ada selera sama perempuan. Macam gay. Macam sampah.

Poyo.

Selalu tu ada jugaklah kawan kasi teman aku jalan-jalan di KK nih. Sebab, diorang pun faham betapa out-dated-nya aku untuk mengetahui apa movie baru yang sekarang on-show, apa lagu baru yang boleh di tarik guna kunci rendah (low key) di K-box yang diorang stok mahu tarik depan aku atau mana tempat makan yang sekarang menjadi ritual orkestra.

Mereka tiba-tiba jadi sibuk. Kerja kerja kerja. Yalah, weekdays ya? Aku tahu diorang sebenarnya ada life yang ingin dizahirkan, ada pancaindera yang bukan cacat untuk tidak mengerjakan apa yang tertangguh dan yang harus dikerjakan, ada plan yang nak di work out, ada itu ini, ada awek, dan mahu kahwin, ada overtime dan tabung bekas bedak Carrie untuk dipenuhkan, dan ada outstation juga macam aku sekarang.

So I don't bother at all anyway.

Sekurang-kurangnya setengah jam itu sungguh emas untuk dihabiskan dengan seberapa pantas yang mungkin. Cuba mengapungkan diri dengan tonsel yang kian membengkak sambil berjalan gaya hippies.

Sebelum balik, saya angkut maggie cup dan pelbagai snek untuk disumbat dalam mini fridge dekat hotel.

Ada 8 hari lagi, dan suara saya sudah 89% hilang.

Selamat malam!